Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1430H

Mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H. Tahun nei makin betambahlah umurku setahun lagi (makin tua). 

Awal Muharram merupakan detik yang bersejarah dalam calendar Islam di mana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi dari Kota Mekah. Walaubagaimana pun, pernahkan kita menghayati dan mengambil pengajaran di sebalik peristiwa itu? 

Semasa waktu di sekolah dulu, bila Awal Muharram, maka masing-masing akan menyanyikan nasyid dan berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Rasanya dah lama aku tak berarak masa sambutan Awal Muharram nie, last sekali masa aku kat u dulu.

Pernahkan anda menyanyikan Nasyid Awal Muharram nei:


1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

Tapi rasanya pada masa sekarang nei, makin kurang nasyid nei berkumandang di corong2 radio atau television, tul tak? Macam hari nei, aku takder pun dengan sebarang nasyid Awal Muharram di television (maybe aku dok tengok Astro kot). Tapi rasanya  zaman sekarang nei memang jarang ler di mainkan nasyid2 sebegini biarpun pada Hari Awal Muharram, mungkin sebab kita dah asyik sangat dengar lagu hip-hop, rock dsb sampai ramai yang tak tahu nasyid sebegini.

Simboliknya, Awal Muharram sebenarnya merupakan detik perpindahan kepada kita semua untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi, ataupun dari yang baik ke satu yang lebih baik.

Ini azam aku untuk tahun 1430 Hijrah:
  1. Menjaga amalan solat 5 waktu
  2. Banyakkan amalan bersedekah, zakat dan amal jariah
  3. Kurangkan hutang-piutang
  4. Berhenti rokok sepenuhnya (Aku dah berhenti sekarang nei)
  5. Menjadi seorang suami dan bapa yang mithali
  6. Menjadi seorang bapa yang prihatin kepada Akif

Sunday, December 28, 2008

Hukum Pakai Pakaian Hitam

Aku  tertanya2 apakah menjadi perkara sunat atau bida'ah memakai pakaian serba hitam ketika ada seseorang meninggal dunia? Aku kurang arif pasal perkara nei, harusnya adalah lebih baik bagi aku mendapat pandangan/rujuk dengan ustaz2 yang arif dalam hal nei.

Adakah memakai pakaian serba hitam merupakan amalan sunat di dalam ajaran agama Islam? Atau pun ianya sebagai bida'ah. 
 
Selalunya, orang memakai pakaian hitam nei, seolah-olah menunjukkan tanda protes di atas sebab-sebab tertentu. Aku selalu menengok kaum2 lain yang memakai pakaian berwarna hitam, sambil meraung meratapi pemergian si mati. Mereka seolah-olah, menunjukkan tanda protes kepada Dia yang Esa.

Sepengetahuan aku yang cetek ilmu nei, tidak ader dalam hadis yang meminta orang Islam memakai pakaian bewarna hitam ketika melawat orang mati. Tapi budaya hari nei, seorang - olah menjadi kemestian kepada masyarakat kita di zaman ini, untuk mengenakan pakaian hitam ketika melawat sebarang kematian. Renung2kan lah buat pedoman kita semua. 

Aku bukan aper, sebab tenampak dalam TV3 hari nei, semua dok pakai baju serba hitam. Mungkin sebab nak berkabung kot. Tapi kalau nak berkabung nei, adakah ianya ajaran agama Islam untuk berkabung dengan memakai pakaian hitam?

P/s : Al-Fatihah kepada Almarhum Tunku Jaafar, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kenapa ler nak melengahkan2 pengkebumian Almarhum (Aku confious tul kenapa Mufti2 dan Para2 Ulama berdiam diri ajer dalam hal nei).