Sunday, December 28, 2008

Hukum Pakai Pakaian Hitam

Aku  tertanya2 apakah menjadi perkara sunat atau bida'ah memakai pakaian serba hitam ketika ada seseorang meninggal dunia? Aku kurang arif pasal perkara nei, harusnya adalah lebih baik bagi aku mendapat pandangan/rujuk dengan ustaz2 yang arif dalam hal nei.

Adakah memakai pakaian serba hitam merupakan amalan sunat di dalam ajaran agama Islam? Atau pun ianya sebagai bida'ah. 
 
Selalunya, orang memakai pakaian hitam nei, seolah-olah menunjukkan tanda protes di atas sebab-sebab tertentu. Aku selalu menengok kaum2 lain yang memakai pakaian berwarna hitam, sambil meraung meratapi pemergian si mati. Mereka seolah-olah, menunjukkan tanda protes kepada Dia yang Esa.

Sepengetahuan aku yang cetek ilmu nei, tidak ader dalam hadis yang meminta orang Islam memakai pakaian bewarna hitam ketika melawat orang mati. Tapi budaya hari nei, seorang - olah menjadi kemestian kepada masyarakat kita di zaman ini, untuk mengenakan pakaian hitam ketika melawat sebarang kematian. Renung2kan lah buat pedoman kita semua. 

Aku bukan aper, sebab tenampak dalam TV3 hari nei, semua dok pakai baju serba hitam. Mungkin sebab nak berkabung kot. Tapi kalau nak berkabung nei, adakah ianya ajaran agama Islam untuk berkabung dengan memakai pakaian hitam?

P/s : Al-Fatihah kepada Almarhum Tunku Jaafar, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kenapa ler nak melengahkan2 pengkebumian Almarhum (Aku confious tul kenapa Mufti2 dan Para2 Ulama berdiam diri ajer dalam hal nei).

1 comments:

Abang said...

Salam. Yg teman tau, dalam syarak berkabung untuk org perempuan sahaja, tapi ada jugak ulamak membolehkan utk org lelaki. Pakaian ketika berkabung adalah yg tidak menarik perhatian atau berwarna warni:

“Seorang perempuan tidak boleh berkabung ke atas kematian seseorang lebih daripada tiga hari kecuali ke atas kematian suaminya selama empat bulan sepuluh hari dan pada tempoh berkabung itu dia tidak boleh memakai pakaian yang dicelup (berwarna-warni)”. (Hadis riwayat Muslim)

Asalkan tidak berwarna warni, jadi tidak semestinya berwarna hitam sahaja. Pemilihan warna pakaian ketika berkabung ni lebih kepada adat setempat. Wallahualam.