Mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H. Tahun nei makin betambahlah umurku setahun lagi (makin tua).
Awal Muharram merupakan detik yang bersejarah dalam calendar Islam di mana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi dari Kota Mekah. Walaubagaimana pun, pernahkan kita menghayati dan mengambil pengajaran di sebalik peristiwa itu?
Semasa waktu di sekolah dulu, bila Awal Muharram, maka masing-masing akan menyanyikan nasyid dan berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Rasanya dah lama aku tak berarak masa sambutan Awal Muharram nie, last sekali masa aku kat u dulu.
Pernahkan anda menyanyikan Nasyid Awal Muharram nei:
1 Muharam detik permulaanPerkiraan tahun Islam HijrahPerpindahan Nabi dan umat IslamDari Kota Mekah ke Kota MadinahAtas keyakinan dan iman yang teguhKaum Muhajirin dan Ansar bersatuRela berkorban harta dan nyawaDemi menegakkan Islam tercintaHijrah itu pengorbananHijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraanHijrah membentuk perpaduanOleh itu, mari semuaKita sambut Maal HijrahTingkatkan semangat tegakkan syiar islamUntuk sepanjang zamanUntuk sepanjang zamanUntuk sepanjang zaman…!!
Tapi rasanya pada masa sekarang nei, makin kurang nasyid nei berkumandang di corong2 radio atau television, tul tak? Macam hari nei, aku takder pun dengan sebarang nasyid Awal Muharram di television (maybe aku dok tengok Astro kot). Tapi rasanya zaman sekarang nei memang jarang ler di mainkan nasyid2 sebegini biarpun pada Hari Awal Muharram, mungkin sebab kita dah asyik sangat dengar lagu hip-hop, rock dsb sampai ramai yang tak tahu nasyid sebegini.
Simboliknya, Awal Muharram sebenarnya merupakan detik perpindahan kepada kita semua untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi, ataupun dari yang baik ke satu yang lebih baik.
Ini azam aku untuk tahun 1430 Hijrah:
- Menjaga amalan solat 5 waktu
- Banyakkan amalan bersedekah, zakat dan amal jariah
- Kurangkan hutang-piutang
- Berhenti rokok sepenuhnya (Aku dah berhenti sekarang nei)
- Menjadi seorang suami dan bapa yang mithali
- Menjadi seorang bapa yang prihatin kepada Akif
1 comments:
DAPATKAN JUS DELIMA 100% ASLI.sila layari blog sy http://jusdelima83.blogspot.com @ hubungi aziz 0199311274.buah DARI SYURGA!!
Post a Comment