Sunday, December 28, 2008

200 Pound Beauty

Last night aku tengok ler filem Korea kat Astro Ria,"200 Pound Beauty", bagi aku filem nei best. Walaupun jalan citer dia sempoi ajer, kiranya berkisarkan kisah seorang perempuan gemuk yang ingin menjadi cantik, walaupun dia sebenarnya berbakat besar dalam nyanyian. Yang akhirnya dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan plastik sehingga dia menjadi perempuan terkenal yang seksi dan suara power (complete package as a singer). 

Tapi aku pun hairan ler, kaum hawa nei kalau boleh nak cantik ajer selalu, tapi hakikatnya tak semua kaum adam yang mementingkan faktor luaran semata-mata.  Yang paling penting adalah keikhlasan hati, itu yang lebih utama. Buat aper cantik, tapi perangai hodoh, tak guna satu sen pun!!

Aku bukan aper, dulu sebelum aku mengenali darling aku, aku ader ler terdetik nak nak kawin ngan orang Korea/Jepun (nei penangan biler tengok citer2 luar banyak nei).

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku kawin ngan 'awek Jepun' walaupun bukan dia bukan 'Original Japenese'.  Tapi aku kiranya antara yang beruntung dapat kawin ngan 'Jepun Celup', sebab darling aku nei pandai masak sushi, favourite aku tu. Tak yah ler aku nak gi makan sushi kat luar yang confirm harganya pun boleh tahan ler. Tapi aku rasa, darling aku masak lagi sedap la.

Sebenarnya cerita nei mengingatkan aku kembali semasa aku tengah bercinta dengan 'mem besau' aku nei, masa aku kenal dia pun, dia dah diketegorikan sebagai antara yang 'chubby' ler, tapi aku tak kisah itu semua sebab aku memang cintakan dia, sampai aku everyday mesti aku pi dok kat meja dia lepas 'prep malam'. Bak kata orang, kalau dah angau tu, tak jumpa orang pun tak per, asalkan nampak meja dia pun jadi ler, hilang ler rindu. Inilah kebaikannya kalau dok bercinta satu sekolah.

Tapi aku mula start syok kat dia masa Form 5, maklum ler masa Form 1 sampai 4 tu dia nei kiranya masih lagi 'budak hingusan' (Ayang, jangan marah, I'm sorry!:). Lagi satu, kat sekolah aku, rasanya tak der lagi kaum aku yang berani 'approach' dia nei kecuali aku. Entah ler, naper ler aku sewel sangat masa tu, tab2 takder aper, aku pi call dia nak ajak dating (tanpa aku sedari). Sure masa tu dia anggap aku nei sewel, takde angin takder ribut, tiba2 ajer ajak nak dating.

Tapi ader satu perasaan yang lain dalam diri aku biler aku bertentang mata dengannya ketika bulan puasa, saat itu aku bersama dua rakan kelas aku + dia. Masa tu aku curi2 pandang mata kat dia. Dari saat itu ler aku mula jatuh cinta kat dia. Pelik tapi benar!.

0 comments: