Aku mengambil kesempatan di tahun baru nei 2009, untuk berhenti terus dari merokok. Alhamdulillah, setakat ni aku dah clean dari merokok, dah takkan hisap lagi dah mende hampeh tu. Misi aku setakat nei berjaya 100% clean.
Aku sedih bile membaca citer2 pasal kekejaman Israeil kat Gaza, sehinggakan kanak2, wanita2 tua, wanita2 menjadi mangsa kerakusan dan keganasan peluru2 and roket Israeil. Di mana pergi peri kemanusiaan di dalam diri kita. Apa yang kita mampu di sini hanyalah menyatakan kutukan2 atas dasar kekejaman Israeil. Apa yang ada dengan hanya menyatakan kutukan, sedangkan Israeil sedang rancak meratah rakyat2 di Gaza.
Cubalah kita renungkan kanak2 di sana hanya mampu membaling batu, tetapi dibalasnya dengan peluru2 yang tak mengenal mangsanya. Apa sudah jadi dengan umat Islam sekarang nei, yang hanya mampu melihat sahaja kekejaman Israeil di bumi Palestin.
Malaysia, selaku Pengerusi OIC, sebuah pertubuhan Islam terbesar di dunia, hanya mampu memberikan gesaan kepada UN, yang mana UN nei, sudah terang lagi jelas memihak kepada rejim Zionis, memandangkan sekutu kuatnya, Uncle Sam sentiasa memberi bantahan sekiranya terdapat usul2 yang akan bercanggah dengan kepentingannya. Mana tidaknya, Israeil bukan sebuah negara pengeluar senjata api, tetapi bila kita melihat dari segi peralatan senjata dan kereta2 meriam keluaran negara Uncle Sam berada dan bermaharaja-lela di bumi Gaza.
Kita hannya meluahkan ungkapan kutukan-kutukan di atas kekejaman Israeil di bibir masing2, namun pada masa yang sama menghisap kepulan-kepulan asap yang menjadi penaja dan penyumbang terbesar kepada Israeil untuk meluaskan empayarnya. Mulut dok kutuk2, tapi pada masa yang sama dok isap rokok yang menjadi penyumbang kepada Israeil. Langsung tak consisten dengan niat dan perbuatan. Logiknya, henti menghisap rokok yang langsung tak mendatangkan faedah atau apa2 kebaikan. Aku pun dulu termasuk dalam gologan nei, tapi sudah sampai masanya untuk kita berubah. Now is the right time to change, it's not too late.
Di Malaysia, kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan di bumi Gaza, tapi macam mana ler doa nak diperkenankan kalau menda yang masuk di dalam tubuh kita adalah benda haram.
Negara Islam sebenarnya yang memegang ekonomi dunia, Negara Islam kaya dengan minyak, namun hakikatnya negara2 Islam juga yang terpaksa mengikut telunjuk negara Uncle Sam. Apa sudah jadi dengan negara Islam yang besar, Islam sekarang di lihat begitu mudah untuk diperkotak -katikkan oleh musuh2 Islam. Sekiranya Liga Arab menetabkan ketetapan bahawa semua minyak tidak akan di jual di negara Uncle Sam, sudah semestinya ianya akan menjatuhkan keangkuhan negara Uncle Sam.
Tapi sedih, bila Liga Arab sendiri pun tidak dapat mencapai kata sepakat, maksudnya semangat berpuak2 masih lagi menebal di dalam jiwa mereka. Kalau beginilah keadaannya, maka sampai bila2 ler Islam akan terus di tindas oleh musuh2 Islam, yang semestinya amat bergembira dengan perkabaran ini.
Renung2kan lah, semoga kita semua dapat berubah dan mendapat petunjuk dari Ilahi.